BIODATA RASULULLAH SAW
- Nama: Muhammad Bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
- Tarikh Lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M( dikenali sbg Tahun Gajah;
sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Kaa'bah)
- Tempat Lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
- Nama Bapa: ' Abdullah Bin ' Abdul Muttalib Bin Hashim
- Nama Ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
- Pengasuh Pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman)
USIA 5 TAHUN
- peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya.
USIA 6 TAHUN
- ibunya Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'
- Baginda dipelihara oleh Ummu aiman.
USIA 8 TAHUN
- Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia
- Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib
USIA 9 TAHUN (setengah riwayat menyatakan pada usia 12 tahun)
- bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan
- Di kota Bursa, negeri Sham, seorang pendita Nasrani bernama Bahira telah bertemu dengan
ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan
bangsa Arab yang akan dilahirkan pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
- Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab "Sirah", Jilid 1, halaman 184-187
menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai
peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpul anak-anak panah sahaja.
USIA 25 TAHUN
- bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid
Al-Asadiyah
- Perjalanan ke Syam ditemani oelh Maisarah, lelaki suruhan Khadijah
- Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi
berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40
tahun ketika itu.
- Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham
USIA 35 TAHUN
- Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
- Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah
- Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan
sekaligus meredakan pertelingkahan.
USIA 40 TAHUN
- Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
- berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq
- sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal /24 September 622M
USIA 63 TAHUN
- Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun
11H / 8 Jun 632M.
0 comments:
Post a Comment