Our AnniversaRRy

Daisypath Anniversary tickers

Aisyah Safiyyah Binti Hisham

Lilypie First Birthday tickers
0

PerKembangan Si D!a Selama 9 Bulan...

20 Januari 2012..genap kandunganku berusia 39 minggu...cuma tinggal seminggu lagi tarikh nak bersalin...ni picture aku ambik dari internet yang menunjukkan bayi dalam kandungan ketika usianya 39 minggu...tengok jer gambar ni aku jadi makin tak sabar nak tunggu kelahiran si kecil ni..


segala persiapan telah dibuat..hope lepas ni takde lagi barang2 yang lupa nk beli...cepatla kuar anakku...ramai orang tak sabar tengok kamu...lebih2 lagi papa kamu...

buat si kecilku, mama mahu cerita serba sedikit apa yang telah berlaku sepanjang mengandungkan kamu 9 bulan..banyak suka duka yang telah mama lalui.. Pada mualanya mama dapat tahu yang mama sedang mengandungkan kamu ketika bulan Mei 2011...ketika itu usia kamu baru sebulan lebih...excited bukan main lagi..mana tidaknya, lepas mengalami keguguran pada oktober 2010 mama menyimpan 1001 harapan untuk mendapat cahayamata...Syukur Alhamdulillah, Allah izinkan sekali lagi mama merasai detik2 itu....kali ini mama dapat rasa kamu bergerak2 dalam perut mama ketika kamu berusia lima bulan....hepiiiii sgt2....

Masa mengandungkan kamu, mama mengalami alahan selama 3 bulan sahaja..Itu pun mama bersyukur sangat2 sebab xlama..ada wanita yang mengandungi alahan sampai 5 bulan dan ada jugak sehingga ke saat kelahiran...alahan mama cuma muntah setelah makan dan tak boleh bau pewangi...kalau makan bukan main selera, tapi lepas tu mama terpaksa buang balik makanan itu..klo tidak, pening la kepala mama ni.... Yang paling gembira, mama dah tak alahan setelah masuk bulan Ramadhan..Jadi mama dapat puasa penuh tahun ni...Syukur =)

Ni mama nak tunjukkan gambar-gambar sepanjang 9 bulan ketika kamu dalam perut mama ...




ni gambar ketika mama dan keluarga balik ke Sabah...Anak mama baru usia 2 bulan lebih...kecik2 pn dah pandai naik flight ea..walaupun alahan, mama tetap maintain senyum kan? kat Sabah siap pergi jalan2 sampai Kundasang....nanti InsyaAllah bulan Ogos 2012 kita ke Sabah lagi... Kita sama2 sambut Hari Raya Puasa kat sana plak...dah 2 tahun mama dan papa raya di Terengganu...Kan menangis plak papa kamu....


Ni plak time Raye Aidilfitri 2011...baju color puple n merah..hehehehe...masa ni anak mama berusia 4 bulan lebih...perut kecik lagi..so xnampak la anak mama...=)


Konvokesyen sepupu papa, G-jul....mama kena bertugas masa ni bahagian jemputan...Diowang datang dari Sabah dan tinggal di rumah nenek (Parents mama)...masa ni kamu berusia lebih kurang 5 bulan...


Dihari konvokesyen papa yang diadakan di UPM Serdang...mama dah semakin berisi...klo diperhatikan betul2 perut dh makin memboyot...=) kamu ketika ni berusia 6 bulan lebih...kat dalam gambar ni ada tok, tokki, nenek, pakcik2 n makcik kamu...


usia kamu dh nak masuk 9 bulan...masa ni kami semua ke Kerteh untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara sebelah ayah....haaa...masa ni la kamu boleh tengok perut mama yang telah membesar dengan jayanya....hehehee....




Tapi mama syukur sepanjang mengandungkan kamu, kandungan mama takde masalah..kamu sihat....Mama selalu check up kamu di Pusat Perubatan Intan di Kuala Terengganu...mama tidak lagi ke klinik kesihatan Permaisuri sebab mereka tidak memberikan khidmat yang memuaskan...cukup sedih dengan apa yang mereka lakukan dan sekarang mama nekad untuk tidak ke sana lagi...mama rela habiskan duit di klinik Swasta asalkan mereka tidak sakiti kamu...

nanti, kamu boleh baca apa yang tulis dalam blog ni...dan boleh cerita semua yang kamu ingin tahu...

Mama harap kita berdua selamat dan sentiasa sihat....Amin.....=)
Sampai jumpa lagi Si Comelku.....


0

Puasa dan Kelebihan Solat Tarawih



Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3:
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.

Malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam 10:
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15:
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam 16:
Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23:
Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar"."



0

Dasyatnya hari kiamat dan Padang Mahsyar

semoga artikel yang saya ambil ini dapat dijadikan panduan serta pedoman kepada pembaca...

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

0

Menelusuri Bumi Borneo; Menelaah warna warni budaya citra

Ini kali kedua saya sampai di bumi borneo..perjalanan ini bukan hanya saya dan suami tetapi turut ikut bersama ahli keluarga saya yang sudah semestinya kali pertama menjejakkan kaki ke sana...pasti mereka gembira dapat berehat di negeri orang walaupun terpaksa mengambil cuti yang lama...

perjalanan kami bermula pada 10hb Jun, Jumaat..destinasi pertama kami bukannya terus ke borneo tapi singgah di Gambang, rumah adik ipar..esoknya (Sabtu) pada pukul 8pagi kami bertolak ke Klang di rumah kakak..menghabiskan masa selama 2hari di Klang barulah kami bertolak ke LCCT Kuala Lumpur pada 13hb Jun (Isnin)..flight kami pada awalnya dijadualkan pada pukul 5.50 pm tetapi telah delay dan kami terpaksa bertolak pada 6.20 pm..









kami disambut oleh bapa dan mak mertua..kemudian kami dibawa ke rumah nenek di Taman Fajar Perdana yang jaraknya kurang dari 10 mint dari airport..sampai saja di rumah, kami dihidangkan dengan makan malam..masa inilah semua teruja melihat udang galah..nampaknya perjalanan selama 2jam 45 minit tidak sia-sia...bukan senang dapat makan udang sebesar ini kalau di semenanjung..kalau ada pun terpaksa bayar Rm5 seekor...jadi rombongan cik Kiah makan besar pada malam itu...awesome!!!..bila semua perut dh terisi dan hati pun senang, maka masa untuk tidur pun tiba...Zzzzz...



14hb Jun(selasa), kami bertolak ke Kg. Sukau yang terletak di kinabatangan..perjalanannya lebih kurang 140Km dari Sandakan pastinya memenatkan semua orang terutama bagi yang pertama kali ke kampung itu..sebelum meninggalkan sandakan, bapa mertua sempat membeli sedikit barang dapur untuk dibuat kenduri bagi menyambut kedatangan keluarga dari Terengganu..kesempatan ini kami ambil untuk bergambar di bandar Sandakan yang agak sibuk pada awal padi...

Tiba di Kg.Sukau kami terus menuju ke B & B Breakfast yang merupakan tempat tinggal kami sepanjang berada di Sabah..Terletak di hujung kampung sangat menenangkan fikiran saya..selepas makan tengahari, kami berehat sebentar kerana selepas solat asar kami akan menaiki bot menyusuri sungai kinabatangan untuk melihat ' a big giant's Sabah monyet...heheheheee... kali ini tidak banyak monyet dapat kami lihat kerana baru lepas hujan..agaknya monyet2 ni sejuk nk panjat pokok..semua tengah selimut dalam rumah mereka kot...huhuhuuu...




inilah Floating Lodge Sukau Kinabatangan yang masih dalam pembinaan..pemiliknya adalah Tarsah Bin Ahaw..ohhh!!!bapak mertuaku...bisness baru bapak...mungkin beroperasi hujung tahun..semoga dipermudahkan dan berjalan lancar...gud luck bapak!!...(",)


salah satu pengangkutan untuk membawa kenderaan untuk menyeberangi sungai...agak unik..tak pernah aku tengok sebelum ni...


bersiap-siap untuk menikmati keindahan negeri Sabah..rancangan seterusnya adalah ke Kundasang yang mengambil masa lebih kurang 4-5 jam..

gara-gara terlebih tido, perjalanan kami sedikit lewat..

breakfast di B & B...



berehat di Checkpoint..tempat yang menjadi persinggahan orang ramai untuk ke Kota Kinabalu..


Setibanyadi Kundasang, kami mencari kedai makan kerana perut kami semua dah mula menyanyi lagu "sayang kinabalu".. hehehe...antara makanan yang dipesan sangat menarik hiasannya dan membuatkan kami teruja dan tidak sabar untuk memakannya..tetapi apabila makanan masuk ke dalam mulut...masyaAllah..tak sedap langsung..huhuhuhu..tapi pe2 hal pun..layannnn jelahhh...



permandangan Gunung Kinabalu dari kedai yang kami makan..tenang dan sangat2 sejuk...

kepak ayam madu yang dijual oleh penduduk tempatan...

perkampungan penduduk di Kundasang serta gerai yang menjual sayur segar..suasana disini tidak jauh bezanya dengan Cameron Highland..Cuma bezanya adalah di Kundasang terlalu sejuk jika dibandingkan dengan Cameron...



Antara rombongan Cik Kiah kali ini ke bumi borneo--Kundasang...muka excited terlebih...






pada sebelah petang, kami semua ke Kinabalu Park iaitu kaki gunung kinabalu...jalan menuju ke sana sangat mencabar ditambah pula dengan keadaan jalan yang sangat licin kerana baru sahaja lepas hujan...

















keesokkan harinya, bertolak balik ke Sandakan..sebelum itu, kami menikmati hidangan pagi di cafe Nabalu resort tempat kami bermalam...Rm 120 untuk satu malam..



















at Poring Hot Spring...lebih kurang 17km dari Pekan Ranau...tempat bersih dan selesa untuk mandi dan berehat =)














17 jun, hari terakhir kami berada di Sabah...rindu pasti datang lagi..terima kasih kepada semua saudara yang telah melayan kami sekeluarga..untuk pulang ke destinasi sudah pasti ada buah tangan dari keluarga di Sabah..UDANGGGGGG!!!!!!!! thanks bapak...



InsyaAllah kita semua jumpa lagi...sayang dan rindu kamu semua....